Docsity
Docsity

Prepare for your exams
Prepare for your exams

Study with the several resources on Docsity


Earn points to download
Earn points to download

Earn points by helping other students or get them with a premium plan


Guidelines and tips
Guidelines and tips

isu ketuhanan dalam politeisme, Study Guides, Projects, Research of Cultural Studies

Kertas Ulasan Artikel ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 (Falsafah dan Isu Semasa), khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Sains Kesihatan, Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian), Universiti Teknologi MARA Cawangan Puncak Alam. Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk

Typology: Study Guides, Projects, Research

2019/2020
On special offer
30 Points
Discount

Limited-time offer


Uploaded on 11/20/2021

mohamad-asyraf-ahmad-komari
mohamad-asyraf-ahmad-komari 🇲🇾

5

(2)

2 documents

Partial preview of the text

Download isu ketuhanan dalam politeisme and more Study Guides, Projects, Research Cultural Studies in PDF only on Docsity! Bibliografi Professor Dato' Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti (Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti) adalah seorang ilmuan dari Malaysia yang dilahirkan di Pentang, Kedah. Beliau adalah Naib Presiden Yayasan Dakwah Islamiah di Malaysia dan Presiden Rabitah International Alumni Al Azhar Malaysia. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dilahirkan pada 9 Mac 1957. Dia belajar di Maktab Mahmud. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Usuluddin: Aqidah dan Falsafah) dari Universiti Al Azhar di Kaherah; Sarjana Sastera (Falsafah Islam) dari Universiti Ain Shams di Kaherah dan Sarjana Sastera (Perbandingan Agama) dari Temple University di Philadelphia, Amerika Syarikat. Selepas itu, dia mendapat PhD dalam Pengajian Islam (PhD) dari University of Birmingham, UK pada tahun 2001, dengan tesis Pembangunan Kalam dalam Dunia Melayu: Idea dan Sumbangan Syeikh Daud Al-Fatani. Beliau menyertai Universiti Malaya sebagai tutor dan kemudian menjadi pensyarah pada 1981 serta menjawat pelbagai jawatan daripada Timbalan Dekan hingga menjadi Professor Madya (2002-2016). Beliau kemudian menjadi Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir (2005-2007) hingga kemudian di lantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir pada 2010 hingga 2013.Beliau kemudiannya menjadi Rektor Kolej Universiti Insaniah bermula 2016 hingga 2018. Dalam pentadbirannya, beliau telah berjaya menaik taraf Kolej Universiti Insaniah menjadi universiti penuh dengan nama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS).Beliau juga telah dilantik ke dalam pelbagai jawatankuasa dan pertubuhan serantau telah menghasilkan lebih dari 10 kertas ilmiah dan telah menhasilkan lebih dari 10 buah buku terjemahan antaranya Kepincangan Ummah, Bidaah Menurut Ulama Salaf dan Konsep Tabi’i Manusia Menurut Islam. Beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia, dan berperanan meredakan suhu perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia. Nama Jurnal: Jurnal Usuluddin Vol 9 Tajuk Artikel: Isu Ketuhanan Dalam Bicara Falsafah Penulis: Professor Dato' Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti Tempat dicetak: Academy of Islamic Studies, University of Malaya Jumlah Muka surat: 280 Harga: RM 20.00 No ISSN: 1394-3723 E- ISSN: 0128-0708 KOMENTAR BUKU/ARTIKEL DAN PENULISAN-PENULISANNYA Jurnal Usuluddin adalah jurnal akademik berwasit dwi-tahunan yang diterbitkan oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia menerbitkan makalah ilmiah dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam, Pengajian al-Qur'an dan al-Hadith, Sejarah dan Tamadun Islam serta Dakwah dan Pembangunan Insan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Salah satu isi kandungan jurnal ialah artikel yang bertajuk isu ketuhanan dalam bicara falsafah hasil tulisan Professor Dato! Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti. Artikel ini merupakan satu penulisan berilimiah yang membahaskan teori dan ideologi yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah pada zaman Yunani sehingga kini. Penulis menjelaskan dengan baik teori dan ideologi ketuhanan yang dibawa oleh para ahli falsafah Yunani yang namanya tidak asing lagi dalam dunia keagamaan. Antaranya ialah Plato (347 S.M) yang memberi kesimpulan bahawa tuhan itu tidak lebih dari sebagai “Jambang kebaikan dan kecantikan”. Aristotle (322S.M) yang menerima kewujudan penggerak pertama yang menggerakkan selain darinya walaupun beliau tidak berminat mencampuri permasalahan cuba menjauahkan daripada dari alam ketuhanan yang tinggi, dan Stoic dimana golongan ini menganggap tuhan sebagai “cahaya suci”. Penulis telah memberikan pendapatnya yang bernas bahawa melalui fahaman dan pendapat teori pada zaman Yunani ini, penulis cuba meyakinkan di mana ahli-ahli falsafah ini mempertuhankan akal dan memperakalkan tuhan di mana tuhan dikuduskan dengan sepenuhnya, tuhan selamat dan bersih dari unsur-unsur benda dan jisim tetapi dalam masa yang sama kelihatan hakikat tauhid sebenar gagal dihadirkan dalam kancah penemuan minda mereka yang kononnya mengkagumkan itu. Zaman berganti zaman islam dan bukan islam terus mencuba mengupas intipati alam ketuhanan, namun bukan islam telah gagal meskipun berselindung di sebalik tema-tema akademik, moden dan kemajuan. Setiap doktrin sentiasa di goncang oleh kepentingan kebendaan dan teknologi, kecelaruan mereka yang tiada henti antara alat dan matlamat. Kedatangan Islam dengan jelas dan nyata membawa satu konsep yang tegas tentang ketuhanan sewaktu manusia mencari-cari hakikat sebenar ketuhanan. Penulis secara relevan menyokong keterangan yang diberi dengan menerapakan tokoh Islam di dalam penulisannya iaitu Ibnu Sina dimana beliau mempunyai banyak persamaan dengan idea-idea al-Farabi yang sukar dipisahkan dari idea-idea Yunani. Penulis dengan bijaksana menjelaskan cabaran-cabaran dan pergerakan hidup mutaakhir yang lebih praktikal dalam kancah keilmuan islam tidak mengizikan “berinovasi” dalam hal-hal agama. Hukum hakam sudah pun jelas ditetapkan dan terus diwarisi dari zaman ke zaman dengan sokongan dan dokongan tokoh-tokoh ilmu yang muktabar.Islam sebagai satu sistem hidup yang menyuluruh yang menawarkan kediaman dan kebaikan serantau dan global amnya. Maklumat baru yang dapat diperolehi Dalam semua penilaian artikel ini penting untuk diperhatikan bahawa penerapan konsep artikel ini memberi bukti kepada konsep ketuhanan monoteisme tidak kira sama ada sewaktu zaman ahli-ahli falsafah Yunani sehingga sekarang, mahupun pegangan agama yang berlainan. Menurut Plato, dewa yang tinggi ini tidak diciptakan, tidak berubah (tidak boleh berubah), dan intipati murni (tidak penting dan oleh itu tidak mengalami kerosakan). Melalui alat kiasan, abstrak reality terpancar dari fikiran Tuhan, seperti cahaya dari lilin. Dewa ini juga mengeluarkan logo, atau prinsip rasionaliti, untuk mengatur dunia fizikal. Aristotle juga menyatakan beliau menangani metafizik atau adanya prinsip pertama. Dewa tertinggi adalah yang pertama dari semua bahan, "penggerak yang tidak bergerak," menyebabkan pergerakan sfera, planet (Denova, R. (2019, October 17). Monotheism in the Ancient World). Ibnu Sina juga muncul untuk membincangkan masalah ketuhanan dengan tanggapan bahawa membincangkan isu ini adalah perbincangan ilmiah yang paling mulia, tepatnya pengetahuan tentang Allah, sumber dari semua pengetahuan dan peristiwa, dari mana iman dan kekuatan diperoleh. Bahkan ilmu ini dianggap sebagai "falsafah pertama" kerana ianya mengkaji seawal-awal wujud dan kewujudan pertama atau yang pertama-tama wujud. Pengetahuan ini juga diperkenalkan sebagai pengetahuan hikmah kerana ia adalah pengetahuan terbaik yang memberikan keputusan yang paling tepat dan pada masa yang sama mampu memberikan kepercayaan mutlak yang berasal dari Allah sendiri. (Abdul Mukti, M. Isu Ketuhanan dalam Bicara Falsafah. Jurnal Usuluddin, 9,1999) Penulisan ini juga turut memberi pencerahan bahawa perkembangan pengaruh kebendaan dan pengkajian akademik yang kononnya mampu mendedahkan banyak rahsia-rahsia yang terpendam sebelum ini disusuli dengan penciptaan pelbagai alat teknologi yang canggih dan mengkagumkan memberi impak negatif kepada masyarakat , pada era gloalisasi ini, media sosial yang amat besar dalam kalangan masyarakat perlu diambil serius, hal ini kerana masyarakat menggunakan media sosial tanpa apa-apa batasan dan kebebasan informasi dalam era ini. Penggunaan media sosial yang berlebihan akan membawa impak negatif terhadap tingkah laku masyarakat Antaramnya ialah penggunaan kata kesat, keganasan, dan pornografik, ikutan fesyen yang mencolok mata, hubungan silaturrahim antara ahli keluarga semakin renggang, hilang tumpuan dan kecuaian semasa memandu (Rosli, Tasnim & Munisndy, Yogenathan & Jasmi, Kamarul Azmi, Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam, 2019) dan ini mengakibatkan mereka hidup meraba-raba didalam kegelapan dan mengundang perbalahan yang berterusan . Berbeza dengan penerapan konsep agama islam iaitu Allah itu satu juga tidak berubah sejak dari zaman kemunculan islam sehingga kini, dengan tokoh islam mengemukan konsep tuhan dengan begitu ringkas dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja. Namun ideologi mahupun kefalsafahan perlu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Secara filosofis makna kalimat, Allah Ahad sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Sina, bahawa Allah Ahad, bermakna bahawa Tuhan esa dalam segala aspek, dan tak pernah sekalipun mengandung pluralitas. Baik itu pluralitas maknawi, sebagai mana yang ada dalam genus dan karakter, ataupun pluralitas yang real, sebagai mana yang nampak dalam dunia materi.Keesaan ini juga menegasikan dan mensucikan Tuhan dari hal-hal yang mengindikasikan bahwa Tuhan memiliki bentuk, kualitas, kuantitas, warna dan segala jenis gambaran akal yang mampu merusak kebersahajaan yang satu.Demikian juga, ‘Ahad’ mengindikasikan bahwa tak ada sesuatupun yang menyamai-Nya.( Syafieh, M. Fil. l. TUHAN DALAM PERSPEKTIF AL- QUR'AN Jurnal At-Tibyan Vol. I No.1 Januari-Juni 2016, MS 159) Cadangan Mengikut kekurangan dalam artikel di atas, penulis dapat menambahkan glosari dalam artikel tersebut dia. Ini kerana beberapa perkataan tidak difahami dengan baik, saya harap saya dapat menolong anda Pembaca lain dapat memahami artikel ini dengan lebih baik tanpa pembaca dapat meneka maknanya Semoga dapat disampaikan oleh pengarang. Seterusnya, penulis juga boleh mencuba memasukkan data sokongan dalam karyanya Lebih menguatkan hujahnya. Menurut data yang ditunjukkan, ini secara tidak langsung membuat Pembaca dapat melihat data dengan jelas. Jangan lupa sokongan dan petikan dari Penyelidikan boleh dimasukkan dalam penulisan. Setelah menerangkan semua kandungan dan pandangan, penulis dapat berkongsi langkah-langkahnya Dapat membantu menyelesaikan masalah. Cadangan yang dibuat dianggap memberi Mempunyai kesan positif dalam artikel.
Docsity logo



Copyright © 2024 Ladybird Srl - Via Leonardo da Vinci 16, 10126, Torino, Italy - VAT 10816460017 - All rights reserved