Docsity
Docsity

Prepare for your exams
Prepare for your exams

Study with the several resources on Docsity


Earn points to download
Earn points to download

Earn points by helping other students or get them with a premium plan


Guidelines and tips
Guidelines and tips

objective covid-19 untuk mencegah, Summaries of Family and Consumer Science

Pada penghujung tahun 2019, penduduk Wuhan, China digemparkan dengan penularan wabak baharu yang menyerang sistem pernafasan manusia. Namun, jangkitan tersebut berbeza daripada jangkitan influenza, avian flu, MERS-CoV atau SARS

Typology: Summaries

2022/2023

Uploaded on 03/12/2023

mohd-rahmat
mohd-rahmat 🇲🇾

1 document

Partial preview of the text

Download objective covid-19 untuk mencegah and more Summaries Family and Consumer Science in PDF only on Docsity! SEJARAH Pada penghujung tahun 2019, penduduk Wuhan, China digemparkan dengan penularan wabak baharu yang menyerang sistem pernafasan manusia. Namun, jangkitan tersebut berbeza daripada jangkitan influenza, avian flu, MERS-CoV atau SARS. Wabak baharu ini dikenali sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV), yang kemudiannya dinamai sebagai COVID-19. Akibat penularan penyakit tersebut, pada 12 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Di Malaysia, kes pertama Covid- 19 yang membabitkan rakyat Malaysia ialah pesakit berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor. Lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China. Lelaki berkenaan kemudian pulang ke Malaysia sebelum mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor setelah enam hari berikutnya kerana demam dan batuk. Dari perspektif linguistik pula, pandemik ini turut mencambahkan korpus perbendaharaan kata bahasa melayu dengan sangat pesat. Sebagai contoh, wujudnya istilah penjarakan sosial, droplet, PPE, PKP, dan meratakan puncak lengkungan. Bahkan terdapat istilah yang pelbagai untuk merujuk satu konsep yang sama, misalnya nyahkuman dan nyahvirus, serta kadar peningkatan kes dan lonjakan kes. Hal ini tentunya dapat menimbulkan kekeliruan pada pengguna. Dari aspek terminologi pula, fenomena penciptaan istilah ini perlu diberikan perhatian bagi memastikan istilah yang digunakan dapat difahami dan diamalkan oleh pengguna kerana istilah tersebut berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat.
Docsity logo



Copyright © 2024 Ladybird Srl - Via Leonardo da Vinci 16, 10126, Torino, Italy - VAT 10816460017 - All rights reserved